MyTAKHASSUS

PENUBUHAN MAJLIS PERMUAFAKATAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH KUDAT

Satu Majlis Permuafakatan Guru Pendidikan Islam telah ditubuhkan di Pejabat Pelajaran Daerah Kudat yang dipengerusikan oleh EN. Muddin bin Beting , PPD Kudat yang baru. Ini merupakan kesinambungan daripada usaha guru-guru Pendidikan Islam di Kudat untuk lebih berdaya saing dalam aspek pelbagai seperti kesatuan guru-guru yang lain di Kudat.

Berikut ini adalah pelantikan yang dipersetujui bersama dalam mesyuarat tersebut

Pengerusi : Ust Noor Azaman (SK Bingolon)
Timbalan : Ust Sahibuddin (SMK Abd Rahim)
Pelantikan Setiausaha dan Bendahari akan ditetapkan bersama beberapa guru dilantik sebagai ketua Perhubungan setiap zon di Kudat.

       
KURSUS PENDEDAHAN KSSR PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB TAHUN 3


Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 3 dari 22 - 25 Oktober 2012 di Bilik Mesyuarat SK Pekan Kudat II akan dikendalikan oleh Saudari Salmah bin Husin dan Saudara Aminurrasyid. Sama-samalah kita menghadirkan diri nanti untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

0 comments:




Perkongsian ilmu dan maklumat telah menjadi trend ikutan masa kini. Jadi kita tidak boleh ketinggalan selagi mana perjalanan isi dan prosedurnya di bawah Inayah syariat Allah dan Rasulullah S.A.W. Sebarkanlah ilmu walau hanya sedikit asalkan membantu. Rasulullah telah bersabda "Sampaikanlah apa yang kamu dapat dari ku walaupun hanya satu ayat" (Riwayat Bukhari)