MAHRAJAN PROGRAM J-QAF PERINGKAT NEGERI SABAH
29-30 September 2012
Bertempat di SMKA Tun Said Kota Belud, satu program mahrajan j-QAF peringkat Negeri yang ke-2 telah diadakan. Lima zon seluruh negeri telah mengambil bahagian iaitu Zon Timur, Zon Barat, Zon Selatan, Zon Pedalaman, Zon Tenggara dan Zon Utara. Dalam mahrajan kali ini, beberapa acara telah dipertandingkan iaitu Kalam Jamaie, Kalimatus Sobah, Azan Iqamah dan penulisan serta bacaan jawi.
Saya menjadi urusetia dalam mahrajan kali ini, dan berterima kasih kepada pihak SPI JPN yang memberi peluang melihat sendiri proses perjalanan program yang banyak memberi faedah dan sedikit sebanyak mengetahui cara perjalanan program tersebut. Insyaallah, mungkin tahun depan akan dijalankan di sekolah dan daerah sendiri (Kudat). Paling kurang pun, hantar budak ikut pertandingan azan dan bacaan jawi, yang penting Banggi ada penyertaan.
Agak membanggakan apabila wakil Kalam Jamaie, Zon Utara yang mendapat Naib Johan peringkat negeri kali ini adalah murid-murid dari SK Landung Ayang, Kudat. Bangga kerana persembahan mereka yang mantap dan jalan cerita yang mudah difahami. Semoga tahun depan, Johan pula.
Panorama SMKA Tun Said |
Kumpulan Bassam SK Landung Ayang |
Urusetia bertungkus lumus menyiapkan hadiah |
Menerima hadiah |
0 comments: