MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KUDAT 2013
1 MAC 2013
Bertempat di Masjid Al Akmal Kg. Landung Ayang Kudat telah berlangsung Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Kudat bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. 8 peserta berentap dengan bacaan masing-masing dan pemenang akan mewakili Kudat ke peringkat Bahagian. Saya telah dilantik menjadi hakim bahagian Fasahah bersama 3 lagi hakim dari sekolah-sekolah sekitar di Kudat dan 2 lagi senior saya masa di sekolah yang juga pegawai dari JHEAINS. Ini adalah pengalaman kedua menjadi hakim selepas pernah menghakimi bahagian tajwid pada tahun 2010 semasa di Banggi dulu.
![]() |
Bergambar bersama rakan se'batch' di sekolah dulu, Roshidi. Kelihatan senior saya di kiri sekali |
0 comments: