MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON SIKUATI 2013

22 MAC 2013




Bertempat di SK Limau-limauan, berlangsung Majlis Tadarus Al Quran Zon Sikuati 2013 dan ini merupakan MTQ saya yang kedua selama berada di daerah Kudat. Tambahan lagi bila dilantik menjadi ketua Jemaah Hakim dan ini cabaran dan kepercayaan yang sangat besar bagi saya. Namun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya bersama Cg. Arifin PK Kokum SK Dampirit turut membawa 2 orang murid untuk mendedahkan mereka dengan suasana pertandingan. Dari tahun lepas, sekolah ini tidak pernah menghantar dan kami mengambil inisiatif membawa mereka menyertai pertandingan bercerita. Adat pertandingan, murid kami hanya mendapat tempat ke -4 (P) dan ke-5 (L). Namun ia adalah satu daya usaha murni bagi memartabatkan AL Quran sebagai penjana wasatiyya ummah. InsyaAllah tahun depan cuba lagi.

0 comments:

MESYUARAT MTQ PERINGKAT ZON SIKUATI 2013

14 MAC 2013


Bertempat di SK Limau-Limauan telah berlangsung mesyuarat MTQ Zon Sikuati bagi tahun 2013 dipengerusikan oleh Guru Besarnya E. Rasmi Datu Tumai. Mesyuarat yang dihadiri oleh 12 buah sekolah yang mewakili zon ini, berbincang tentang penyelarasan MTQ bagi menghantar wakil ke peringkat Daerah kudat. Antara acara dipertandingkan adalah Bercerita, Nasyid, Tilawah dan Hafazan. Ia akan diadakan pada 21 Mac 2013 di sekolah tersebut. Saya telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Ketua Jemaah Hakim kali ini dan ia merupakan satu pengalaman baru buat saya

0 comments:

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KUDAT 2013

1 MAC 2013

Bertempat di Masjid Al Akmal Kg. Landung Ayang Kudat telah berlangsung Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Kudat bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. 8 peserta berentap dengan bacaan masing-masing dan pemenang akan mewakili Kudat ke peringkat Bahagian. Saya telah dilantik menjadi hakim bahagian Fasahah bersama 3 lagi hakim dari  sekolah-sekolah sekitar di Kudat dan 2 lagi senior saya masa di sekolah yang juga pegawai dari JHEAINS. Ini adalah pengalaman kedua menjadi hakim selepas pernah menghakimi bahagian tajwid pada tahun 2010 semasa di Banggi dulu.
Bergambar bersama rakan se'batch' di sekolah dulu, Roshidi. Kelihatan senior saya di kiri sekali

0 comments:




Perkongsian ilmu dan maklumat telah menjadi trend ikutan masa kini. Jadi kita tidak boleh ketinggalan selagi mana perjalanan isi dan prosedurnya di bawah Inayah syariat Allah dan Rasulullah S.A.W. Sebarkanlah ilmu walau hanya sedikit asalkan membantu. Rasulullah telah bersabda "Sampaikanlah apa yang kamu dapat dari ku walaupun hanya satu ayat" (Riwayat Bukhari)