Kuliah Di UMS

kuliah kedua bersma dr kj

0 comments:

JAMBORI SABAH KEDUA & 100 TAHUN ANTARABANGSA

12 - 17 OGOS 2013

Seronok, mengujakan !! Itulah yang boleh saya gambarkan dalam Jambori Kedua Sabah 2013. Bayangkan sahaja, kali terakhir ia dibuat pada 1995 di Semporna. Kali ini di Sandakan tempat bermulanya Pengakap Sabah sekaligus meraikan 100 tahun Pengakap Sabah. Walaupun bukan peserta, namun keseronokannya dapat saya rasa dengan hanya merasai suasana di sana yang melayan hampir 15000 peserta yag ada diantaranya dari Semenanjung. Sesuai dengan title antarabangsa, ia turut diserta peserta dari Nepal, Indonesia, Hong Kong dan Brunei. Gembira dapat berkenalan dengan mereka, xda lepaskan peluang bergambar kenang-kenangan. Paling best lagi, saya memandu dari KK ke Sandakan dengan Avanza saya dan ok jg la tahan. Bawa 6 murid dan seorang kawan Skip Zaideel. Apa yang saya harap adalah akan ada lagi perkhemahan seperti ini supaya dapat menambah pengalaman dan kekentalan minda fizikal peserta In Sya Allah...berjumpa lagi dalam jambori akan datang !!





0 comments:

JAMBORI ANTARABANGSA SABAH KE-2

Selepas 20 tahun, Jambori Antarabangsa Pengakap kembali semula ke Sabah dan ia merupakan kali yang ke-2 selepas kali pertama di Tambunan. Jadi saya macam tidak mahu lepaskan peluang sebab masa Tahun 3 dulu tidak dapat pergi sebab belum ikut Pengakap lagi. Jadi selagi tiada aral melintang dan dengan ada keizinan Allah S.W.T, In Sya Allah, saya akan pigi walau cuma untuk sehari sahaja kerana rasanya aktiviti lebih untuk pengakap muda, remaja dan kanak-kanak saja. Cuma mau ambil beberapa keping gambar dan pengalaman ja sebab mau tunggu 20 tahun lagi bejanggut sudah, mau bergerak jauh pun mungkin sdh ada kekangan masa tu. Jadi dalam usia 30 ni saya ambil sedikit peluang yang ada untuk menunjukkan minat yang tinggi terhadap Persatuan Pengakap. Bak slogan pengakap "Sekali berpengakap, selamanya berpengakap". Beberapa maklumat lanjut boleh didapati di sini

0 comments:

ELPORAN J-QAF V 13.1 2013

Pelaporan untuk jqaf bagi semester pertama setakat jun sudah keluar dan boleh dimuat turun di SINI . Semua guru Pendidikan Islam dan jqaf perlu membuat laporan prestasi perkembangan murid dan bagi daerah kudat, kita tunggu taklimat yang akan diadakan dalam masa terdekat oleh ust. Hardey samin

0 comments:

SAMBUTAN HARI GURU SK DAMPIRIT 2013

23 MEI 2013

Buat pertama kali saya meraikan Hari Guru dengan aktiviti bertukar-tukar hadiah di sekolah ini. Jika sebelum ini saya meraikannya secara biasa dan kecil-kecilan sahaja di sekolah lama, namun di sini, mungkin ada satu pengalaman baru yang saya alami bersama guru-gurunya. Pertukaran hadiah adalah melalui cabutan nama yang dirahsiakan sehingga ke hari penyampaian hadiah. Saya sendiri menerima hadiah daripada Pn. Florida dan memberi hadiah kepada Cg. Rahmat. Satu kebiasaan tapi baru bagi saya. Boleh saksikan gambar-gambarnya di SINI.

0 comments:

PERKHEMAHAN PENGAKAP MUDA & REMAJA DAERAH BANGGI 2013

19 - 21 APRIL 2013

Bertempat di SMK Banggi telah berlangsung satu perkhemahan pengakap muda dan remaja yang dianjurkan oleh PPMCS Banggi dengan kerjasama SMK Banggi. Perkhemahan selama 3 hari tersebut diserikan lagi dengan kunjungan dan bantuan dari pihak PPMCS Usukan, Tempasuk dan Kadamaian yang pertama kali berkunjung ke Banggi. Menurut Pesuruhjayanya En Faisal Jikal, perkhemahan ini merupakan titik tolak untuk aktiviti yang lebih mapan dan menarik selepas ini dan juga sebagai persediaan menghadapi Jambori Antarabangsa Sabah ke-2 di Sandakan Ogos nanti. Menariknya, ramai antara peserta tidak sabar untuk melepasi beberapa ujian kepengakapan bagi mendapatkan anugerah Pengakap Raja. Semoga perkhemahan ini dapat membentuk jati diri dan sahsiah pelajar dalam menjadi insan yang berguna. Sedia selalu !! Pandang Luas !!

Hari Pertama
- Base station
- Ikatan Simpulan

Hari Kedua
- Kawad
- Bakewood
- Kembara
- Khidmat masyarakat
- Malam pengakap

Hari Ketiga
- Majlis Penutupan









0 comments:

MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON SIKUATI 2013

22 MAC 2013




Bertempat di SK Limau-limauan, berlangsung Majlis Tadarus Al Quran Zon Sikuati 2013 dan ini merupakan MTQ saya yang kedua selama berada di daerah Kudat. Tambahan lagi bila dilantik menjadi ketua Jemaah Hakim dan ini cabaran dan kepercayaan yang sangat besar bagi saya. Namun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya bersama Cg. Arifin PK Kokum SK Dampirit turut membawa 2 orang murid untuk mendedahkan mereka dengan suasana pertandingan. Dari tahun lepas, sekolah ini tidak pernah menghantar dan kami mengambil inisiatif membawa mereka menyertai pertandingan bercerita. Adat pertandingan, murid kami hanya mendapat tempat ke -4 (P) dan ke-5 (L). Namun ia adalah satu daya usaha murni bagi memartabatkan AL Quran sebagai penjana wasatiyya ummah. InsyaAllah tahun depan cuba lagi.

0 comments:

MESYUARAT MTQ PERINGKAT ZON SIKUATI 2013

14 MAC 2013


Bertempat di SK Limau-Limauan telah berlangsung mesyuarat MTQ Zon Sikuati bagi tahun 2013 dipengerusikan oleh Guru Besarnya E. Rasmi Datu Tumai. Mesyuarat yang dihadiri oleh 12 buah sekolah yang mewakili zon ini, berbincang tentang penyelarasan MTQ bagi menghantar wakil ke peringkat Daerah kudat. Antara acara dipertandingkan adalah Bercerita, Nasyid, Tilawah dan Hafazan. Ia akan diadakan pada 21 Mac 2013 di sekolah tersebut. Saya telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Ketua Jemaah Hakim kali ini dan ia merupakan satu pengalaman baru buat saya

0 comments:

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT KUDAT 2013

1 MAC 2013

Bertempat di Masjid Al Akmal Kg. Landung Ayang Kudat telah berlangsung Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Kudat bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. 8 peserta berentap dengan bacaan masing-masing dan pemenang akan mewakili Kudat ke peringkat Bahagian. Saya telah dilantik menjadi hakim bahagian Fasahah bersama 3 lagi hakim dari  sekolah-sekolah sekitar di Kudat dan 2 lagi senior saya masa di sekolah yang juga pegawai dari JHEAINS. Ini adalah pengalaman kedua menjadi hakim selepas pernah menghakimi bahagian tajwid pada tahun 2010 semasa di Banggi dulu.
Bergambar bersama rakan se'batch' di sekolah dulu, Roshidi. Kelihatan senior saya di kiri sekali

0 comments:

MESYUARAT AGUNG MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT KUDAT 2013 KALI PERTAMA


22 FEBRUARI 2013

Bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Kudat, telah berlangsung mesyuarat agung MTQ 2013 Peringkat Daerah Kudat. Seramai 22 orang ahli sidang menghadiri yang dipengerusikan sendiri oleh En. Diman Hj Awan Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kudat. Dalam mesyuarat kali pertama ini telah membincangkan beberapa perkara seperti laporan pengelola 2012, pemansuhan tajuk 3 acara bercerita lelaki dan perempuan, sumber kewangan dan banyak lagi. Ketetapan pertandingan ada pada 4 April 2013 yang akan berlangsung di SMK Abdul Rahim II, Kudat.

0 comments:

PAGI SEDIH

23 JANUARI 2013

Genap 5 tahun saya berkhidmat di SK Batu Layar dan tiba masa untuk saya bertukar angin ke SK Dampirit Kudat. Saya kira ia biasa, tapi bila melihat anak-anak murid saya menangis, saya menjadi sayu dan berat hati untuk berpindah. Namun ia adalah peluang kepada saya untuk dekat dengan keluarga sendiri. Untuk rakan guru dan rakan setempat, saya harap kita akan selalu terjumpa di Kudat atau di mana sahaja selagi kita masih bersama. Jasa mu akan ku kenang SK Batu Layar kerana menjadikan saya seperti mana pada hari ini......

0 comments:

KELAHIRAN KEDUA

10 JANUARI 2013

Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup saya sebagai seorang bapa. Isteri saya telah melahirkan anak kami yang kedua dan Hakeem sudah jadi abang. Alhamdulillah, setelah berbagai ujian Allah pada hari ini, semuanya berjalan lancar atas rezeki kurniaan Allah ini. Gembira sehingga tidak terkata, yang hanya mampu diungkapkan adalah doa sunnah Rasulullah pada anak yang baru lahir selepas bapa saya sendiri mengazankan cucu keduanya.

بارك الله في الموهوب وشكرت الواهب ورزق بره بلغه رشده


1 comments:




Perkongsian ilmu dan maklumat telah menjadi trend ikutan masa kini. Jadi kita tidak boleh ketinggalan selagi mana perjalanan isi dan prosedurnya di bawah Inayah syariat Allah dan Rasulullah S.A.W. Sebarkanlah ilmu walau hanya sedikit asalkan membantu. Rasulullah telah bersabda "Sampaikanlah apa yang kamu dapat dari ku walaupun hanya satu ayat" (Riwayat Bukhari)