MINGGU SIBUK

16 - 20 OKTOBER 2012

Minggu memenatkan tapi menyeronokkan. Mula 16hb menyampaikan kursus slot pentaksiran KSSR Pendidikan Islam Tahun 3 di PKG Kudat. Kemudian esoknya 17hb saya bergegas ke TAHA d'Bayu Kota Kinabalu untuk menghadiri Kursus Khas Pendidikan Islam Zon Sabah 2012. Agak pada juga jadualnya dari pagi sampai petang ada slot terbaik dari SPI dan BPI KPM. Nasib la ada kawan-kawan dari seluruh negeri Sabah, agak meriah juga la suasana. Paling best ada dua, pertama kumpulan kami merupakan pembentangan terbaik dalam kursus kali ini dan kedua, saya jadi pengerusi slot dan ada buat sedikit kelainan bahasa. 

Petang hari terakhir kursus pula iaitu 19hb, saya direct ke SMK Kudat II untuk menghadiri Sambutan 90 tahun Pengakap Kudat sebab saya AJK Keagamaan dan ada aktivit solat hajat saya buat. Lapas tu ada budak saya 2 orang ikut serta, kira may kasi pengalaman sama dorang la. Mungkin ujian Allah, hujan rezeki yang lebat dan berangin melanda dari malamnya sekarang (20hb malam). Habis banjir padang, khemah budak pun bocor,kelam-kabut saya bawaq dorang keluar dari khemah untuk sarapan di kereta. Syukurla yang malamnya hujan kurang lebat,jadi budak nyenyak tidur. Sayan tidur dengan skip-skip lain di Surau sambil berperang dengan nyamuk albino. Begitulah sedikit sebanyak peristiwa yang best dan bagi pengalaman, minggu depan kursus KSSR Bahasa Arab tahun 3 pula.



0 comments:

MAHRAJAN PROGRAM J-QAF PERINGKAT NEGERI SABAH

29-30 September 2012

Bertempat di SMKA Tun Said Kota Belud, satu program mahrajan j-QAF peringkat Negeri yang ke-2 telah diadakan. Lima zon seluruh negeri telah mengambil bahagian iaitu Zon Timur, Zon Barat, Zon Selatan, Zon Pedalaman, Zon Tenggara dan Zon Utara. Dalam mahrajan kali ini, beberapa acara telah dipertandingkan iaitu Kalam Jamaie, Kalimatus Sobah, Azan Iqamah dan penulisan serta bacaan jawi.

Saya menjadi urusetia dalam mahrajan kali ini, dan berterima kasih kepada pihak SPI JPN yang memberi peluang melihat sendiri proses perjalanan program yang banyak memberi faedah dan sedikit sebanyak mengetahui cara perjalanan program tersebut. Insyaallah, mungkin tahun depan akan dijalankan di sekolah dan daerah sendiri (Kudat). Paling kurang pun, hantar budak ikut pertandingan azan dan bacaan jawi, yang penting Banggi ada penyertaan.

Agak membanggakan apabila wakil Kalam Jamaie, Zon Utara yang mendapat Naib Johan peringkat negeri kali ini adalah murid-murid dari SK Landung Ayang, Kudat. Bangga kerana persembahan mereka yang mantap dan jalan cerita yang mudah difahami. Semoga tahun depan, Johan pula.
Panorama SMKA Tun Said

Kumpulan Bassam SK Landung Ayang

Urusetia bertungkus lumus menyiapkan hadiah

Menerima hadiah
 

0 comments:




Perkongsian ilmu dan maklumat telah menjadi trend ikutan masa kini. Jadi kita tidak boleh ketinggalan selagi mana perjalanan isi dan prosedurnya di bawah Inayah syariat Allah dan Rasulullah S.A.W. Sebarkanlah ilmu walau hanya sedikit asalkan membantu. Rasulullah telah bersabda "Sampaikanlah apa yang kamu dapat dari ku walaupun hanya satu ayat" (Riwayat Bukhari)